Tentang Harga Kuih Muih

Semalam saya mengkaji tentang portfolio sebuah serikat senaraian awam (public listed) di Singapura, namanya Begawan Solo.

Ia adalah syarikat pembuat kuih tradisional yang bermula kecil-kecilan dari rumah flat, kemudian berkembang dengan menbuka booth di shopping mall dan tumpuan awam seperti Lapangan Terbang Changi.

Sebenarnya kuih mereka biasa saja. Ada ode-onde, bingka ubi, kuih lapis, pulut lepa atau pulut panggang, kuih ketayap. Ada beberapa kuih cina lain dan agaknya ada kek juga. Semua produk mereka adalah halal.

Saiz kuih mereka juga sederhana. 

Saya rasa kuih muih Makcik Nab atau Kedai Awang Zaman di kampung saya, lagi sedap dan superior dari segi kualiti bahan.

Jom tengok harga kuih-muih di Begawan Solo ni,

Satu ketul kuih lapis SGD1.60, Satu ketul bingka ubi, SDG1.30

Di Malaysia, sekeping kuih dijual harga 30sen atau 50sen sahaja.. iaitu SGD0.10 – SGD0.20.

Tingkah harga berkali-kali ganda.

Di Malaysia, harga kuih lebih dari seringgit sekeping, memang tak ada orang beli punya lah. Orang kita akan kata, mahal.

Sedangkan proses membuat kuih ni sangatlah labour intensive.

Bayangkan proses membuat pulut panggang, bermula mencari daun kelapa, kemudian bertanak pulut, kukur kelapa dan kemudian merebus ikan bagi membuat sambal ikan. Membalut dengan daun kelapa, dan memanggang..

Empat jam manhour pun belum tentu dapat selesaikan sekeping pulut panggang ni. 4jam x RM10, jadi RM40. Iaitu kos gaji diri pembuat kuih.

Belum lagi kos bahan mentah..

Agaknya berapa batang pulut perlu dijual sebab nak cover kos proses tadi?

Kasian pada pakcik makcik pembuat kuih tempatan. Nak siapkan sejenis kuih makan masa berjam-jam, sedangkan hasil dijual dengan harga murah.

Hemat saya, sudah tiba masanya harga kuih muih dinaikkan. Proses membuat kuih muih adalah hasil kerja seni artisan dan perlu dihargai.

Bukan semua orang pandai.

Jika roti boleh dijual dengan harga RM1 - 3 sebiji, dan ada orang sanggup membayar, kenapa kuih muih tidak mendapat layanan serupa ?

Kue, Kuih, Kueh


No comments: