Menjual motosikal terpakai


Saya telah membeli sebuah motosikal baru bagi memudahkan urusan harian saya.

Manakala kuda tua iaitu Modenas X-Cite 2008 135 akan saya jual melalui platform online,iaitu dalam Carousell.

Ia satu kuda tua yang banyak jasa pada saya. Walau bagaimanapun, saya berpendapat eloklah ketepikan nostalgia, dan jual saja murah-murah.

Saya letak harga RM700.

Ia harga wajar, sebab saya banyak berhabis untuk motosikal ini. Saya ke Jakarta pada 2017 semata-mata utuk membeli coverset motosikal ini, sebab ia keluaran terhad, dan tidak lagi dijual di Malaysia.

Walaupun fizikal kelihatan sudah ‘lonyeng’, tapi enjinnya buatan Kawasaki begitu bagus dan sangat reliable. Saya ke Putrajaya-Batu Caves pun tidak ada masalah.

Tapi masalahnya, bila letak harga yang murah, akan menarik pelanggan dengan jiwa ‘murah’juga..

Salah seorang prospek pembeli ‘berjiwa murah’ meminta saya menambah bakul, box belakang, tukar part itu dan ini, dan polish. Lepas tu minta diskaun lagi. Ewah-ewah, baik aku tak payah jual kalau begitu…

Ini bukan motosikal keluaran Nitro, JRD atau Comel yang pakai buang. Motosikal saya ni adalah model Kawasaki ZX yang sangat popular di negara jiran dan eropah. Saya jual niat sedekah saja.

Supaya tidak lagi menjadi magnet kepada thrift-seeker yang minta extra bukan-bukan, tapi penghujungnya belum ada keputusan, saya ubah harga pada apps, mejadi RM1000 ringgit.

Sebenarnya niat saya sekadar umpan sahaja, saya akan turunkan harga kepada RM700 apabila prospek tadi bersetuju membeli.

No comments: