Garam Busuk aka Garam Gunung


Saya telah membeli 1 bekas kecil Garam Bukit aka Garam Busuk dari seorang peniaga jalanan di Bandar Ipoh.

Mengikut pembacaan saya, garam bukit berlaku apabila lautan purba menjadi kering, dan terhimpit pula dengan pergerakan plat benua bumi. Ia menyebabkan lautan purba tersejat airnya, dan menjadi garam.

Garam ini berbau busuk disebabkan lumut-lumut, bangkai, akar kayu paya yang berada dalam laut itu ikut memejal sekali dengan air laut. Begitulah mengikut laymen term.

Ia juga dikenali dengan pelbagai nama, seperti garam pink, atau garam hijau. Bergantung kepada lokasi.

Jadi, apabila ternampak ada orang menjualnya depan mata, dengan harga murah pula, saya terus membelinya. Hargaya cuma RM20 bagi anggaran 500gram.

Apabila saya balik ke KL, saya dapati baunya terlalu busuk.

Sampaikan saya tidak tahan baunya yang seakan akan bau longkang.

Satu grain garam itu, boleh memasinkan 1 gelas air.

Kemudian air seni saya pula berbau terlalu busuk. Saya fikir ia adalah kesan dari garam tadi.

Saya tak pasti sama ada ianya garam bukit yang asli atau tiruan? Kalau ianya tiruan, malanglah nasib saya. Eloklah saya buang, daripada merusakkan buah pinggang dalam tempoh lama.

No comments: